Tuesday, May 29, 2012

Tutorial 002: Gubahan Sirih Junjung 270512

Salam...Gubahan pada kali ini adalah sirih junjung berwarna kuning dan peach yang kecil dan comel. SELAMAT MENCUBA!
Sirih junjung yang telah siap digubah

Senarai Bahan-bahan:
Bahan-bahan
1. Span basah
2. Daun sirih
3. Ros putih
4. Ros kuning
5. Ros peach
6. Pasu plastik (kaca dll)
7. Pelilit bunga

Langkah 1


Rendam span didalam air sehingga keseluruhan span itu basah. Kemudian  potong span dan masukkannya  didalam pasu plastik. Tekan span dengan kuat untuk memastikannya tidak jatuh apabila diangkat.
Langkah 2
Potong ros peach dan gubahkan seperti gambar diatas.
 Langkah 3
Tambahkan ros kuning didalam gubahan tersebut.
 Langkah 4
Kemudian letakkan ros putih.


Selesai sudah menggubah bunga.
 Langkah 5
Ambil 3 helai daun sirih dan lilitkan sirih-sirih itu pada sebatang lidi.
  Langkah 6
Kemudian ambil pelilit bunga dan lilitkan sirih pada lidi tersebut.
  Langkah 7
Sirih yang telah dililit dicucuk dibahagian bawah bunga. Ulang langkah 6 sehingga  penuh sekeliling  pasu plastik itu dengan sirih tersebut.


Hasil terakhir selepas selesai gubahan ini..


  

Jika berminat untuk menempah, sila hubungi 013-3955512 (Dayah).


Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

2 comments:

  1. salam .
    bole tau kalo cam nie bape u amek ?
    nice ^_^

    ReplyDelete
  2. wsalam..thanks for the comment
    harga sirih junjung ni adalah RM65 sahaja...
    kalau berminat boleh sms saya k?

    ReplyDelete