Thursday, May 24, 2012

Tutorial 001: Gubahan Hantaran Bekas Kaca didalam Dulang Segiempat



Salam...Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk menggubah hantaran yang ringkas tetapi menarik. Semoga dengan adanya tutorial ini, ianya dapat sedikit sebanyak membantu bakal-bakal mempelai membuat hantaran mereka sendiri. Bagi mereka-mereka yang berminat, bolehlah mencuba dengan mengikuti langkah-langkah yang saya tunjukkan dibawah ini ya....Selamat Mencuba!!


Senarai barang- barang adalah seperti berikut:


Bahan-bahan:
1. Span kering
2. Bekas kaca (atau bekas-bekas lain)
3. Glue gun
4. Kain
5. Bunga artificial (1 jenis bunga besar & 2 jenis bunga kecil)
6. Pemotong dawai
7. Gunting
8. Dawai halus
9. Reben (Jika Perlu)
10. Dulang hantaran berbentuk segi empat sama



Langkah 1
Potong span yang pertama berbentuk segiempat dan kemudian gamkan span itu disalah satu sudut dulang hantaran

 Langkah 2
Potong span yang kedua seperti gambar diatas.
  
Langkah 3
Letakkan gam dan cantumkan span kedua dengan span yang pertama. Span yang kedua  digunakan dengan tujuan supaya apabila balang kaca diletakkan diatas dulang, ianya akan kelihatan sedikit terjungkit keatas.

Langkah 4
Selepas itu, potong kain bentuk empat segi dan pastikan potongan kain itu lebih besar daripada dulang hantaran. Kemudian letakkan kain itu diatas dulang hantaran. Pastikan kain menutupi keseluruhan bahagian span kedua.

 Langkah 5
Kemudian letakkan pula bekas kaca diatas dulang yang telah diliputi  dengan kain.

  Langkah 6
Potong bunga besar dan cucukkan diatas span pertama. 

Langkah 7
Ambil lagi bunga besar dan gubahkan bunga seperti gambar diatas.
  
Langkah 8
Kemudian potong pula bunga kecil yang pertama dan letakkan diantara bunga-bunga besar.

Langkah 9
Akhir sekali, potong bunga kecil yang kedua dan letakkan dicelah-celah bunga tadi.

Gambar Hantaran yang Telah Siap Dihias









Ini sahaja langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menggubah hantaran kaca yang diletakkan didalam dulang segiempat ini. 

Sekian dan SELAMAT MENCUBA!


Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

1 comment: