Showing posts with label Tutorial menggubah hantaran. Show all posts
Showing posts with label Tutorial menggubah hantaran. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Tutorial 018: Sireh Junjung Ros Pink



Assalamualaikum..

Mari belajar cara-cara menggubah sireh junjung ini. Simple sahaja. Selamat mencuba!

Sireh junjung ros pink yang telah siap.

Bahan-bahan:-
1. Bunga ros "dark pink"
2. Bunga ros "light pink"
3. Daun sireh
4. Span basah
5. Pelilit hijau
6. Lidi
7. Pemotong
Sila abaikan bunga yg berwarna putih itu....

Langkah 1:
Potong 1 batang bunga ros dark pink dan cucuk ditengah-tengah bahagian span bunga. Kemudian  ambil lagi 4 batang bunga dan cucuk di bahagian bawah setiap penjuru span.
Langkah 2:
Ambil lagi 4 batang bunga ros dark pink dan tambahkan bunga dibahagian bawah. Kemudian ambil lagi
4 batang bunga dan cucukkannya di bahagian tengah pula.

Langkah 3:
Ambil bunga ros light pink dan cucukkan dibahagian yang kosong.
Langkah 4:
Gulung sireh dan lilitkannya pada lidi. Buat sebanyak yang mungkin.
Langkah 5:
Cucuk dan atur sirih tadi seperti gambar diatas.
Langkah 6:
Buka plastik penutup bunga ros tersebut. Jangan cabut  plastik itu terlalu awal.  Ini untuk mengekalkan kesegaran bunga tersebut.


Berminat? Bolehlah hubungi kami di 013-3955512 (Dayah). 

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran



Sunday, April 21, 2013

Tutorial 013: Hantaran Tuala (Seleksi Bunga Hijau Cinta)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..buat kedua kalinya hantaran dari "Simple Aje Hantaran" telah dipaparkan dalam Majalah Pesona Pengantin edisi Mei 2013 . Sebanyak 4 hantaran dapat dipelajari didalam sudut DIY hantaran pada edisi kali ini.

Bagi mereka yang ingin mempelajari, sila lihat langkah demi langkah yang perlu diikuti seperti didalam gambar dibawah ini. Selamat mencuba.




Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

Saturday, March 23, 2013

Tutorial 012: Gubahan Hantaran Tuala

Assalamualaikum,

Tempahan kali ini datangnyar dari Nik, Cheras. Bagi mereka yang ketandusan idea ingin menggubah hantaran tuala, bolehla ikuti langkah-langkah dibawah ini. Selamat mencuba. 

Gubahan hantaran tuala dengan tema warna ungu


Bahan-bahan adalah seperti:
1. Tuala
2. 3 jenis bunga yang berbeza bentuk
3. Bantal dulang hantaran yang telah siap di balut
4. Gunting
5. Gam
6. Span
7. Reben
8. Jarum peniti

Langkah 1: Lipat dan gulung tuala seperti gambar diatas. Kemudian selitkan jarum peniti dihujung tuala dengan tujuan supaya bentuk tuala itu kekal dan kemas.
Langkah 2: Balut tengah-tengah tuala dengan reben. Pinkan tuala diatas bantal dulang. Kemudian span yang telah dipotong kecil digamkan diatas dulang hantaran yang telah dibalut. Cara untuk membalut dulang dapat dipelajari di sini------ KLIK SINI

3. Letakkan 3 kuntum bunga besar dibahagian hadapan.
4. Kemudian tambah lagi 3 kuntum bunga kecil diantara bunga besar.

5. Tambahkan lagi bunga dibahagian tepi gubahan.
6. Letakkan reben ditengah-tengah tuala.

7. Hantaran tuala yang telah siap digubah.


Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran


Monday, December 17, 2012

Tutorial 008: Gubahan Sireh Junjung (Ros & Statice)


Gubahan sireh junjung - bunga ros dan statice

Assalamualaikum...

Gubahan sireh junjung kali ini ditempah oleh Balqis bagi pihak sepupunya. Walaupun agak kelam-kabut membuat hantaran ni, sempat jugaklah tangkap beberapa gambar untuk dijadikan tutorial pada mereka-mereka yang ingin menggubah sendiri sireh junjung untuk hari istimewa mereka. Jadi bolehlah ikuti langkah-langkah dibawah ini.


Bahan-bahan:
1. Ros pink (20 batang)
2. Bunga statice ungu
3. Span basah
4. Bekas plastik
5. Pemotong bunga
6. Sireh
7. Lidi
8. Pelilit bunga

Langkah 1 :Rendam span didalam air dan pastikan air meresap keseluruh bahagian span. Potong dan cucuk bunga seperti gambar diatas.
Langkah 2: Kemudian cucuk lagi bunga ros.
Gambar yang diambil setelah semua bunga ros telah dicucuk diatas span basah.
Langkah 3: Letakkan bunga statice diantara bunga ros terutama sekali bahangian yang kosong.
Langkah 4: Letakkan lidi dihujung daun sireh dan gulung sireh seperti gambar. Kemudian lilit sireh dengan pelilit bunga. Ulang langkah 4 sehingga mendapat 25 gulung sireh atau lebih (terpulang).
Langkah 5: Cucuk sireh dicelah-celah bunga. Siap! 

Gambar sireh junjung yang telah siap digubah...

Sireh junjung gubahan dari Simple Aje Hantaran




Berminat? Sila Sms kami di 013-3955512 (Dayah).



Monday, October 22, 2012

Pakej Gubahan Hantaran


Kami menyediakan 3 pakej gubahan hantaran yang murah dan menarik untuk anda pilih. Jika berminat,sila hubungi kami dengan segera.


No Tel: 013-3955512 (Dayah) atau 013-3955511 (Najib)
Email: simpleajehantaran@yahoo.co
m



Thursday, October 18, 2012

Tutorial 007: Gubahan Bunga Bulat


Salam Sayang...


Gubahan bunga bulat??? Bagi mereka yang tidak pasti apakah bunga bulat yang saya tulis ni,boleh lah melihat gambar dibawah ini. 




Gubahan bunga ini tersangat-sangat la simple dan senang untuk dibuat. Gubahan moden ini bolehlah diguna untuk membuat hiasan bunga untuk meja candy buffet, meja kahwin ataupun untuk menghias rumah anda. SELAMAT MENCUBA!


Bahan- bahan:
1) Bunga bulat besar
2) Bunga bulat kecil
3) Pasu kaca
4) batu sungai


Langkah 1
Lipatkan hujung batang dawai bunga bulat kecil dan masukkan bunga kedalam pasu.
Langkah 2
Ulang langkah pertama untuk bunga bulat yang besar. Kemudian, letakkan batu-batuhiasan kedalam pasu supaya  pasu itu berat dan tidah mudah jatuh. 

Jika berminat untuk membuat tempahan gubahan hantaran atau Candy Buffet, bolehlah hubungi kami di 013-3955512 (Dayah).


SEkIan...

Monday, July 9, 2012

Tutorial 006: Gubahan Sirih Junjung Moden (Harian Metro)

Assalamualaikum,

Gubahan sireh junjung didalam suratkhabar harian Metro. 


Hantaran dari Simple Aje Hantaran didalam surat khabar harian metro.


Wednesday, June 27, 2012

Sirih Junjung Moden - Tutorial didalam Akhbar Harian Metro 280712

Salam Sayang...

Artikel mengenai cara-cara untuk mengubah sirih junjung moden telah pun disiarkan oleh akhbar Harian Metro pada hari ini (28 June 2012)...Terima kasih yang tidak terhingga kepada Hajah Farhana kerana menulis dan menyiarkan artikel ini untuk tatapan umum...








Artikel yang ditulis oleh Hajah Farhana...

Sirih junjung moden
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TAMPAK moden dan ringkas. Seiring dengan perkembangan trend terkini yang berubah begitu pantas, rekaan sirih junjung juga menerima kesannya.
Ramai bakal pengantin kini yang lebih gemar memilih rekaan moden untuk menghasilkan gubahan sirih junjung. Faktor ringkas juga sering diambil perhatian dalam memilih gubahan sirih junjung apatah lagi bagi bakal pengantin yang terpaksa mengharungi jarak jauh untuk ke majlis bertandang. 
Ia lebih mudah dan memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan gubahan sirih junjung mengikut pilihan bakal pengantin.

Paling mudah apabila menyerahkan saja tugas membuat sirih junjung kepada penggubah yang pakar asalkan mereka tahu kehendak dan ciri yang diinginkan.

Begitulah juga yang biasa dialami oleh penggubah di Simple Aje Hantaran yang menerima tempahan secara dalam talian, Norhidayah Musa, 28, sejak mula serius pada 2011 dalam perniagaan separuh masanya itu.

Tambahnya, kebanyakan bakal pengantin hari ini lebih suka memilih gubahan sirih junjung yang ringkas dan moden terutama apabila menyentuh aspek jarak perjalanan mereka ke rumah pasangan. 

“Ini kerana kebanyakan mereka lebih gemarkan gaya ringkas disebabkan sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk menghasilkan rekaan yang rumit. 

“Selain itu, faktor jarak perjalanan ke rumah bakal pengantin juga perlu diambil kira bagi menghasilkan gubahan agar tampak sesuai mengikut keadaan,” katanya yang mula berminat dengan rekaan menarik sejak menghasilkan sendiri hantaran pada majlis pertunangannya. 

Tambahnya, tidak kira bakal pengantin ingin membuat sendiri atau menyerahkan tugas berkenaan kepada penggubah hantaran, mereka perlu memastikan faktor jarak itu diketahui terlebih dulu bagi mengekalkan kesegaran gubahan apatah lagi jika menggunakan bunga dan daun sirih segar. 

Bagi mereka yang ingin menghasilkan sendiri gubahan sirih junjung moden ala Inggeris, ikuti langkah yang ditunjukkan oleh Norhidayah. 
Terima kasih: http://khidmatgubahanhantaran.blogspot.com

Thursday, June 21, 2012

Tutorial 005: Gubahan Hantaran Dengan Bekas Kaca Bulat



Salam...
Tutorial ini adalah sambungan daripada post sebelum ini. Hantaran ini ditempah oleh Kak Aisah untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya yang bakal berkahwin pada 29 June 2012. Kak Aisah menempah gubahan hantaran coklat yang sama dengan hantaran yang saya buat untuk Harian Metro tempoh hari. Tema warna yang dipilih adalah pink dan ungu. Dibawah adalah langkah-langkah untuk menggubahnya....


Bahan-bahannya:
1) Bunga ros pink
2) Bunga kecil ungu
3) Polisterin berbentuk bantal
4) Span
5) Gunting
6) Pemotong dawai
7) Reben

Langkah1: Potong span dan gamkan span itu diatas bantal dulang.


Langkah 2: Lilit dan gamkan reben pada sekeliling bekas kaca.

Langkah 3: Gamkan bekas kaca diatas span.


Langkah 4: Gubah bunga kecil seperti gambar diatas.

Langkah 5: Letakkan 5 kuntum bunga ros pink diantara bunga kecil tersebut.


Langkah 6: Ulang langkah 5 hingga penuh keliling bekas kaca.



Langkah 7: Lipat reben seperti gambar diatas


Langkah 8: Ikat reben dengan wayar nipis.


Langkah 9: Akhir sekali, lekatkan 3 reben diatas bekas kaca. Jika ada lebihan bunga kecil, bolehlah dijadikan hiasan dengan melekatkannya diatas reben.  
Inilah gambar hantaran dengan bekas kaca bulat yang telah siap. Gubahan hantaran ini boleh digunakan untuk meletakkan barang seperti buah, coklat, kuih, perfume dll.


Contoh: Gubahan Hantaran Perfume






Itu sahaja...kepada mereka yang berminat untuk menempah,sila hubungi 013-3955512 (Dayah). Selamat Mencuba!

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran