Wednesday, June 27, 2012

Sirih Junjung Moden - Tutorial didalam Akhbar Harian Metro 280712

Salam Sayang...

Artikel mengenai cara-cara untuk mengubah sirih junjung moden telah pun disiarkan oleh akhbar Harian Metro pada hari ini (28 June 2012)...Terima kasih yang tidak terhingga kepada Hajah Farhana kerana menulis dan menyiarkan artikel ini untuk tatapan umum...








Artikel yang ditulis oleh Hajah Farhana...

Sirih junjung moden
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TAMPAK moden dan ringkas. Seiring dengan perkembangan trend terkini yang berubah begitu pantas, rekaan sirih junjung juga menerima kesannya.
Ramai bakal pengantin kini yang lebih gemar memilih rekaan moden untuk menghasilkan gubahan sirih junjung. Faktor ringkas juga sering diambil perhatian dalam memilih gubahan sirih junjung apatah lagi bagi bakal pengantin yang terpaksa mengharungi jarak jauh untuk ke majlis bertandang. 
Ia lebih mudah dan memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan gubahan sirih junjung mengikut pilihan bakal pengantin.

Paling mudah apabila menyerahkan saja tugas membuat sirih junjung kepada penggubah yang pakar asalkan mereka tahu kehendak dan ciri yang diinginkan.

Begitulah juga yang biasa dialami oleh penggubah di Simple Aje Hantaran yang menerima tempahan secara dalam talian, Norhidayah Musa, 28, sejak mula serius pada 2011 dalam perniagaan separuh masanya itu.

Tambahnya, kebanyakan bakal pengantin hari ini lebih suka memilih gubahan sirih junjung yang ringkas dan moden terutama apabila menyentuh aspek jarak perjalanan mereka ke rumah pasangan. 

“Ini kerana kebanyakan mereka lebih gemarkan gaya ringkas disebabkan sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk menghasilkan rekaan yang rumit. 

“Selain itu, faktor jarak perjalanan ke rumah bakal pengantin juga perlu diambil kira bagi menghasilkan gubahan agar tampak sesuai mengikut keadaan,” katanya yang mula berminat dengan rekaan menarik sejak menghasilkan sendiri hantaran pada majlis pertunangannya. 

Tambahnya, tidak kira bakal pengantin ingin membuat sendiri atau menyerahkan tugas berkenaan kepada penggubah hantaran, mereka perlu memastikan faktor jarak itu diketahui terlebih dulu bagi mengekalkan kesegaran gubahan apatah lagi jika menggunakan bunga dan daun sirih segar. 

Bagi mereka yang ingin menghasilkan sendiri gubahan sirih junjung moden ala Inggeris, ikuti langkah yang ditunjukkan oleh Norhidayah. 
Terima kasih: http://khidmatgubahanhantaran.blogspot.com

No comments:

Post a Comment