Monday, December 24, 2012

Candy Buffet Tema Barbie (Pink dan Putih) Part 2

Assalamualaikum...

Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil untuk majlis harijadi Yaya & Caca. 




Candy Buffet tema Barbie (Pink dan Putih)

Food Tag corak Barbie

Inilah Caca & Yaya (Birthday Girlsnya...) Ps: Gambar telah diambil dari blog Maya

Caca- 5 Tahun


Yaya - 8 Tahun

Pelbagai manisan tersedia untuk tetamu.

Birthday Banner untuk Caca & Yaya

Choki-choki dan Lollipop

Bunga hiasan menepati tema putih dan pink.

Jelly, gula-gula & biskut

2 jenis biskut untuk candy buffet.






 Berminat? Sila SMS kami di 013-3955512 (Dayah).




Monday, December 17, 2012

Tutorial 008: Gubahan Sireh Junjung (Ros & Statice)


Gubahan sireh junjung - bunga ros dan statice

Assalamualaikum...

Gubahan sireh junjung kali ini ditempah oleh Balqis bagi pihak sepupunya. Walaupun agak kelam-kabut membuat hantaran ni, sempat jugaklah tangkap beberapa gambar untuk dijadikan tutorial pada mereka-mereka yang ingin menggubah sendiri sireh junjung untuk hari istimewa mereka. Jadi bolehlah ikuti langkah-langkah dibawah ini.


Bahan-bahan:
1. Ros pink (20 batang)
2. Bunga statice ungu
3. Span basah
4. Bekas plastik
5. Pemotong bunga
6. Sireh
7. Lidi
8. Pelilit bunga

Langkah 1 :Rendam span didalam air dan pastikan air meresap keseluruh bahagian span. Potong dan cucuk bunga seperti gambar diatas.
Langkah 2: Kemudian cucuk lagi bunga ros.
Gambar yang diambil setelah semua bunga ros telah dicucuk diatas span basah.
Langkah 3: Letakkan bunga statice diantara bunga ros terutama sekali bahangian yang kosong.
Langkah 4: Letakkan lidi dihujung daun sireh dan gulung sireh seperti gambar. Kemudian lilit sireh dengan pelilit bunga. Ulang langkah 4 sehingga mendapat 25 gulung sireh atau lebih (terpulang).
Langkah 5: Cucuk sireh dicelah-celah bunga. Siap! 

Gambar sireh junjung yang telah siap digubah...

Sireh junjung gubahan dari Simple Aje Hantaran




Berminat? Sila Sms kami di 013-3955512 (Dayah).



Monday, December 10, 2012

Candy Buffet Tema Barbie (Pink dan Putih) Part 1

Salam Sayang,




Ni adalah gambar candy buffet yang ditempah oleh blogger cantik manis Maya atau Mya untuk sambutan majlis harijadi anaknya Yaya (8 tahun) dan anak saudaranya Caca (5 tahun) pada 2 December 2012 dirumah kakaknya di Taman Lestari Putra, Serdang. 

Untuk majlis ini, Maya memilih pakej A (RM250) untuk 30-50 tetamu dengan tema warna pink dan putih (Barbie) . Kami menyediakan manisan-manisan seperti:

1. Lolipop - 30 batang
2. Biskut wafer roll - 600 gram
3. Biskut wafer stick - 500 gram
4. Jelly perisa strawberry - 2 pek besar
5. Gula-gula perisa buah-buahan (barbie) - 300 biji
6. Choki-choki - 45 batang
7. Kek swiss roll (kecil) - 20 biji 


Selain itu kami juga membuat persiapan dekorasi meja seperti alas meja, "food tags", bunga hiasan, balang kaca dan lain-lain. Nanti saya akan upload lagi gambar candy buffet untuk majlis ni kemudian.

Comel sungguh Yaya dan Caca yang memakai dress ala-ala tuan puteri berwarna putih bersih untuk majlis itu. Terima kasih kepada Maya kerana memilih perkhidmatan kami k! Moga berjumpa lain kali!!!

Jika berminat, sila sms 013-3955512 (Dayah)

Ps- Kami tidak menyenaraikan jenis-jenis manisan didalam setiap pakej kami kerana hidangan candy Buffet yang kami sediakan adalah berbeza-beza mengikut warna dan tema para pelanggan. Sekian.

Monday, October 22, 2012

Pakej Gubahan Hantaran


Kami menyediakan 3 pakej gubahan hantaran yang murah dan menarik untuk anda pilih. Jika berminat,sila hubungi kami dengan segera.


No Tel: 013-3955512 (Dayah) atau 013-3955511 (Najib)
Email: simpleajehantaran@yahoo.co
m



Thursday, October 18, 2012

Tutorial 007: Gubahan Bunga Bulat


Salam Sayang...


Gubahan bunga bulat??? Bagi mereka yang tidak pasti apakah bunga bulat yang saya tulis ni,boleh lah melihat gambar dibawah ini. 




Gubahan bunga ini tersangat-sangat la simple dan senang untuk dibuat. Gubahan moden ini bolehlah diguna untuk membuat hiasan bunga untuk meja candy buffet, meja kahwin ataupun untuk menghias rumah anda. SELAMAT MENCUBA!


Bahan- bahan:
1) Bunga bulat besar
2) Bunga bulat kecil
3) Pasu kaca
4) batu sungai


Langkah 1
Lipatkan hujung batang dawai bunga bulat kecil dan masukkan bunga kedalam pasu.
Langkah 2
Ulang langkah pertama untuk bunga bulat yang besar. Kemudian, letakkan batu-batuhiasan kedalam pasu supaya  pasu itu berat dan tidah mudah jatuh. 

Jika berminat untuk membuat tempahan gubahan hantaran atau Candy Buffet, bolehlah hubungi kami di 013-3955512 (Dayah).


SEkIan...

Sunday, October 14, 2012

"CANDY BUFFET" by Simple Aje Hantaran

Assalamualaikum ...


Setiap insan mesti mempunyai impian untuk menganjurkan majlis keraian yang mempunyai elemen-elemen yang  menarik, unik dan cukup indah sehingga tidak dapat dilupakan oleh para tetamu mereka. Candy buffet adalah salah satu elemen penting  yang dapat menjadi pemanis kepada majlis anda. 

Candy buffet adalah sangat-sangat bersesuaian dengan pelbagai majlis seperti pertunangan, perkahwinan, hari jadi, perpisahan, akikah, kenduri masuk rumah baru dan doa selamat. Ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Candy Buffet? Check it out!!

Apakah maksud “Candy Buffet”?
Pelbagai jenis manisan (gula-gula, lollipop, marshmallow, coklat dll) yang dihidangkan di atas meja khas dengan pelbagai warna dan tema yang seragam.

Bagaimanakah “Candy Buffet” dihidang?
Manisan ini disusun didalam bekas pelbagai bentuk dan kebanyakkan mereka meletakkan manisan didalam bekas yang lutsinar untuk menaikkan keghairahan tetamu agar datang ke meja manisan ini.

Contoh gambar-gambar candy buffet (Google):










Kami di Simple Aje Hantaran ingin membuat promosi tentang khidmat terbaru kami iaitu “Candy Buffet”.

Khidmat “Candy Buffet” kami termasuklah:
  • penyediaan pelbagai jenis manisan/pencuci mulut seperti gula-gula, lollipop, coklat, biskut, popcorn dan lain2 didalam bekas kaca yang menarik dan pelbagai bentuk. 
  • menerima tempahan kek, cupcakes, apam polkadot.
  • rekabentuk meja, bekas kaca, pinggan, dan hiasan dengan warna-warna dan tema yang dipilih oleh pelanggan.
Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pakej-pakej yang kami sediakan, silalah hubungi kami di 013-3955512 (Dayah) atau 013-3955511 (Najib).

Monday, July 9, 2012

Tutorial 006: Gubahan Sirih Junjung Moden (Harian Metro)

Assalamualaikum,

Gubahan sireh junjung didalam suratkhabar harian Metro. 


Hantaran dari Simple Aje Hantaran didalam surat khabar harian metro.


Wednesday, June 27, 2012

Sirih Junjung Moden - Tutorial didalam Akhbar Harian Metro 280712

Salam Sayang...

Artikel mengenai cara-cara untuk mengubah sirih junjung moden telah pun disiarkan oleh akhbar Harian Metro pada hari ini (28 June 2012)...Terima kasih yang tidak terhingga kepada Hajah Farhana kerana menulis dan menyiarkan artikel ini untuk tatapan umum...








Artikel yang ditulis oleh Hajah Farhana...

Sirih junjung moden
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TAMPAK moden dan ringkas. Seiring dengan perkembangan trend terkini yang berubah begitu pantas, rekaan sirih junjung juga menerima kesannya.
Ramai bakal pengantin kini yang lebih gemar memilih rekaan moden untuk menghasilkan gubahan sirih junjung. Faktor ringkas juga sering diambil perhatian dalam memilih gubahan sirih junjung apatah lagi bagi bakal pengantin yang terpaksa mengharungi jarak jauh untuk ke majlis bertandang. 
Ia lebih mudah dan memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan gubahan sirih junjung mengikut pilihan bakal pengantin.

Paling mudah apabila menyerahkan saja tugas membuat sirih junjung kepada penggubah yang pakar asalkan mereka tahu kehendak dan ciri yang diinginkan.

Begitulah juga yang biasa dialami oleh penggubah di Simple Aje Hantaran yang menerima tempahan secara dalam talian, Norhidayah Musa, 28, sejak mula serius pada 2011 dalam perniagaan separuh masanya itu.

Tambahnya, kebanyakan bakal pengantin hari ini lebih suka memilih gubahan sirih junjung yang ringkas dan moden terutama apabila menyentuh aspek jarak perjalanan mereka ke rumah pasangan. 

“Ini kerana kebanyakan mereka lebih gemarkan gaya ringkas disebabkan sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk menghasilkan rekaan yang rumit. 

“Selain itu, faktor jarak perjalanan ke rumah bakal pengantin juga perlu diambil kira bagi menghasilkan gubahan agar tampak sesuai mengikut keadaan,” katanya yang mula berminat dengan rekaan menarik sejak menghasilkan sendiri hantaran pada majlis pertunangannya. 

Tambahnya, tidak kira bakal pengantin ingin membuat sendiri atau menyerahkan tugas berkenaan kepada penggubah hantaran, mereka perlu memastikan faktor jarak itu diketahui terlebih dulu bagi mengekalkan kesegaran gubahan apatah lagi jika menggunakan bunga dan daun sirih segar. 

Bagi mereka yang ingin menghasilkan sendiri gubahan sirih junjung moden ala Inggeris, ikuti langkah yang ditunjukkan oleh Norhidayah. 
Terima kasih: http://khidmatgubahanhantaran.blogspot.com

Thursday, June 21, 2012

Tutorial 005: Gubahan Hantaran Dengan Bekas Kaca Bulat



Salam...
Tutorial ini adalah sambungan daripada post sebelum ini. Hantaran ini ditempah oleh Kak Aisah untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya yang bakal berkahwin pada 29 June 2012. Kak Aisah menempah gubahan hantaran coklat yang sama dengan hantaran yang saya buat untuk Harian Metro tempoh hari. Tema warna yang dipilih adalah pink dan ungu. Dibawah adalah langkah-langkah untuk menggubahnya....


Bahan-bahannya:
1) Bunga ros pink
2) Bunga kecil ungu
3) Polisterin berbentuk bantal
4) Span
5) Gunting
6) Pemotong dawai
7) Reben

Langkah1: Potong span dan gamkan span itu diatas bantal dulang.


Langkah 2: Lilit dan gamkan reben pada sekeliling bekas kaca.

Langkah 3: Gamkan bekas kaca diatas span.


Langkah 4: Gubah bunga kecil seperti gambar diatas.

Langkah 5: Letakkan 5 kuntum bunga ros pink diantara bunga kecil tersebut.


Langkah 6: Ulang langkah 5 hingga penuh keliling bekas kaca.



Langkah 7: Lipat reben seperti gambar diatas


Langkah 8: Ikat reben dengan wayar nipis.


Langkah 9: Akhir sekali, lekatkan 3 reben diatas bekas kaca. Jika ada lebihan bunga kecil, bolehlah dijadikan hiasan dengan melekatkannya diatas reben.  
Inilah gambar hantaran dengan bekas kaca bulat yang telah siap. Gubahan hantaran ini boleh digunakan untuk meletakkan barang seperti buah, coklat, kuih, perfume dll.


Contoh: Gubahan Hantaran Perfume






Itu sahaja...kepada mereka yang berminat untuk menempah,sila hubungi 013-3955512 (Dayah). Selamat Mencuba!

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran