Wednesday, June 27, 2012

Sirih Junjung Moden - Tutorial didalam Akhbar Harian Metro 280712

Salam Sayang...

Artikel mengenai cara-cara untuk mengubah sirih junjung moden telah pun disiarkan oleh akhbar Harian Metro pada hari ini (28 June 2012)...Terima kasih yang tidak terhingga kepada Hajah Farhana kerana menulis dan menyiarkan artikel ini untuk tatapan umum...








Artikel yang ditulis oleh Hajah Farhana...

Sirih junjung moden
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TAMPAK moden dan ringkas. Seiring dengan perkembangan trend terkini yang berubah begitu pantas, rekaan sirih junjung juga menerima kesannya.
Ramai bakal pengantin kini yang lebih gemar memilih rekaan moden untuk menghasilkan gubahan sirih junjung. Faktor ringkas juga sering diambil perhatian dalam memilih gubahan sirih junjung apatah lagi bagi bakal pengantin yang terpaksa mengharungi jarak jauh untuk ke majlis bertandang. 
Ia lebih mudah dan memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan gubahan sirih junjung mengikut pilihan bakal pengantin.

Paling mudah apabila menyerahkan saja tugas membuat sirih junjung kepada penggubah yang pakar asalkan mereka tahu kehendak dan ciri yang diinginkan.

Begitulah juga yang biasa dialami oleh penggubah di Simple Aje Hantaran yang menerima tempahan secara dalam talian, Norhidayah Musa, 28, sejak mula serius pada 2011 dalam perniagaan separuh masanya itu.

Tambahnya, kebanyakan bakal pengantin hari ini lebih suka memilih gubahan sirih junjung yang ringkas dan moden terutama apabila menyentuh aspek jarak perjalanan mereka ke rumah pasangan. 

“Ini kerana kebanyakan mereka lebih gemarkan gaya ringkas disebabkan sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk menghasilkan rekaan yang rumit. 

“Selain itu, faktor jarak perjalanan ke rumah bakal pengantin juga perlu diambil kira bagi menghasilkan gubahan agar tampak sesuai mengikut keadaan,” katanya yang mula berminat dengan rekaan menarik sejak menghasilkan sendiri hantaran pada majlis pertunangannya. 

Tambahnya, tidak kira bakal pengantin ingin membuat sendiri atau menyerahkan tugas berkenaan kepada penggubah hantaran, mereka perlu memastikan faktor jarak itu diketahui terlebih dulu bagi mengekalkan kesegaran gubahan apatah lagi jika menggunakan bunga dan daun sirih segar. 

Bagi mereka yang ingin menghasilkan sendiri gubahan sirih junjung moden ala Inggeris, ikuti langkah yang ditunjukkan oleh Norhidayah. 
Terima kasih: http://khidmatgubahanhantaran.blogspot.com

Thursday, June 21, 2012

Tutorial 005: Gubahan Hantaran Dengan Bekas Kaca Bulat



Salam...
Tutorial ini adalah sambungan daripada post sebelum ini. Hantaran ini ditempah oleh Kak Aisah untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya yang bakal berkahwin pada 29 June 2012. Kak Aisah menempah gubahan hantaran coklat yang sama dengan hantaran yang saya buat untuk Harian Metro tempoh hari. Tema warna yang dipilih adalah pink dan ungu. Dibawah adalah langkah-langkah untuk menggubahnya....


Bahan-bahannya:
1) Bunga ros pink
2) Bunga kecil ungu
3) Polisterin berbentuk bantal
4) Span
5) Gunting
6) Pemotong dawai
7) Reben

Langkah1: Potong span dan gamkan span itu diatas bantal dulang.


Langkah 2: Lilit dan gamkan reben pada sekeliling bekas kaca.

Langkah 3: Gamkan bekas kaca diatas span.


Langkah 4: Gubah bunga kecil seperti gambar diatas.

Langkah 5: Letakkan 5 kuntum bunga ros pink diantara bunga kecil tersebut.


Langkah 6: Ulang langkah 5 hingga penuh keliling bekas kaca.



Langkah 7: Lipat reben seperti gambar diatas


Langkah 8: Ikat reben dengan wayar nipis.


Langkah 9: Akhir sekali, lekatkan 3 reben diatas bekas kaca. Jika ada lebihan bunga kecil, bolehlah dijadikan hiasan dengan melekatkannya diatas reben.  
Inilah gambar hantaran dengan bekas kaca bulat yang telah siap. Gubahan hantaran ini boleh digunakan untuk meletakkan barang seperti buah, coklat, kuih, perfume dll.


Contoh: Gubahan Hantaran Perfume






Itu sahaja...kepada mereka yang berminat untuk menempah,sila hubungi 013-3955512 (Dayah). Selamat Mencuba!

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

Tuesday, June 19, 2012

Tutorial 004: Cara-cara Membuat Bantal Dulang Hantaran

Assalamualaikum,





Hari ini kita akan belajar cara-cara untuk membuat bantal dulang hantaran. Sekarang memang tengah hangat permintaan untuk bantal dulang jenis ini. Jadi disini saya ingin kongsikan bersama-sama cara untuk membuatnya...




Bahan-bahannya:
1) Polisterin (bentuk bantal)
2) Kain (1/2 meter kain = 2 bantal dulang)
3) Glue gun
4) Copper flower



Langkah 1: Potong dan bentang kain diatas lantai. Pastikan kain  diterbalikkan  terlebih dahulu.  Kemudian letak polisterin diatas kain tersebut.





Langkah 2: Lekatkan kain pada sekeliling polisterin 


Langkah 3:Lipat bahagian bucu polisterin. 


Langkah 4:Gamkan kain bucu tersebut dengan kemas.


Langkah 5:Terbalikkan polisterin yang telah siap digam.


Langkah 6:Akhir sekali gamkan copper flower pada bucu polisterin.


Bantal dulang hantaran yang telah siap..


Jika berminat untuk membuat tempahan sila hubungi kami di 013-3955512 (DAYAH)



Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

Wednesday, June 13, 2012

Artikel Mengenai Simple Aje Hantaran di Akhbar Harian Metro

Assalamualaikum..

Simple Aje Hantaran telah ditemuramah oleh Hajah Farhana dari akhbar Harian Metro dan artikelnya pula dikeluarkan pada 7 June 2012. Artikel ini mengenai langkah-langkah untuk menggubah hantaran coklat yang ringkas. 

Memang teruja bila mendapat email daripada Hajah Farhana mengenai temuramah ni. Sampai tak tidur malam..haha. 

Akhirnya kami bersua muka juga pada jam 11 pagi, 28 May 2012. Sambil tangan sibuk menggubah hantaran sambil mulut ni menjawab soalan dari Hajah Farhana ..Almaklumlah,kali pertama ...hehe..Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kalau nak tau dengan lebih lanjut, bolehlah membaca artikel di bawah. 

OK...ini adalah gambar hantaran coklat yang telah siap digubah.


















 Ni pula keratan akhbar mengenai Simple Aje Hantaran...






































Nota Kaki: Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas buat AzzLinda, Baby Lydia & cinta 03  kerana sudi menjadi follower "Simple Aje Hantaran". LOve U!



Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran