Tuesday, February 5, 2013

Tempahan Bantal Dulang Hantaran dari June

Assalamualaikum...

Minggu lepas kami sempat menyiapkan tempahan bantal dulang hantaran sebanyak 7 bantal buat si gadis manis June dari Cheras. June inginkan bantal dulang dengan warna tema off white dengan hiasan chopper flower berbentuk segitiga. 





Terima kasih banyak kerana memilih perkhidmatan kami yer! 
Berminat? Sila hubungi kami di 013-3955512.

Wednesday, January 30, 2013

Candy Buffet "English Style" Part 2

Assalamualaikum,

Candy Buffet English Style Pink dan Silver

Kali ni kami nak berkongsi gambar candy buffet yang kami buat untuk pasangan Awit dan Alias bertempat di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan pada 19 January 2013. Candy buffet ni bertemakan ala-ala "English Stlye" dengan hiasan bunga segar dan manisan yang diletakkan didalam bekas- bekas kaca  "English Rose".

Tema warna pengantin adalah warna pink dan juga silver. Kami sedaya upaya cuba untuk mengikut warna tema yang dipilih oleh pihak pengantin. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus membuat persiapan dari memilih manisan hinggalah menggubah bunga,inilah hasilnya. Terima kasih yang tidak terhingga Azla, Syahanim dan Ayu yang telah menolong   menghias meja ni.

Manisan-manisan yang ada termasuklah:
1. Cupcakes 
2. Kek
3. Gula-gula (2 Jenis)
4. Waffer strawberry
5. Waffer chocholate
6. Swiss Roll kek


Love is Sweet- Awit & Alias


Cute Cupcakes



Candy Buffet Frame


Kek



Gubahan bunga ros untuk hiasan meja candy buffet


Jika berminat, bolehlah hubungi kami di 013-3955512 (Dayah).


Tuesday, January 22, 2013

Candy Buffet "English Style" (Part 1)

Salam....

Nak berkongsi gambar tag makanan untuk majlis perkahwinan Awit & Alias. Gambar lain tak sempat uploand lagi. Akan diupload tak lama lagi. Tunggu ya???


"Food tag" untuk candy buffet

Jika berminat untuk menempah, sila hubungi 013-3955512 (Dayah).

Monday, December 24, 2012

Candy Buffet Tema Barbie (Pink dan Putih) Part 2

Assalamualaikum...

Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil untuk majlis harijadi Yaya & Caca. 




Candy Buffet tema Barbie (Pink dan Putih)

Food Tag corak Barbie

Inilah Caca & Yaya (Birthday Girlsnya...) Ps: Gambar telah diambil dari blog Maya

Caca- 5 Tahun


Yaya - 8 Tahun

Pelbagai manisan tersedia untuk tetamu.

Birthday Banner untuk Caca & Yaya

Choki-choki dan Lollipop

Bunga hiasan menepati tema putih dan pink.

Jelly, gula-gula & biskut

2 jenis biskut untuk candy buffet.






 Berminat? Sila SMS kami di 013-3955512 (Dayah).




Monday, December 17, 2012

Tutorial 008: Gubahan Sireh Junjung (Ros & Statice)


Gubahan sireh junjung - bunga ros dan statice

Assalamualaikum...

Gubahan sireh junjung kali ini ditempah oleh Balqis bagi pihak sepupunya. Walaupun agak kelam-kabut membuat hantaran ni, sempat jugaklah tangkap beberapa gambar untuk dijadikan tutorial pada mereka-mereka yang ingin menggubah sendiri sireh junjung untuk hari istimewa mereka. Jadi bolehlah ikuti langkah-langkah dibawah ini.


Bahan-bahan:
1. Ros pink (20 batang)
2. Bunga statice ungu
3. Span basah
4. Bekas plastik
5. Pemotong bunga
6. Sireh
7. Lidi
8. Pelilit bunga

Langkah 1 :Rendam span didalam air dan pastikan air meresap keseluruh bahagian span. Potong dan cucuk bunga seperti gambar diatas.
Langkah 2: Kemudian cucuk lagi bunga ros.
Gambar yang diambil setelah semua bunga ros telah dicucuk diatas span basah.
Langkah 3: Letakkan bunga statice diantara bunga ros terutama sekali bahangian yang kosong.
Langkah 4: Letakkan lidi dihujung daun sireh dan gulung sireh seperti gambar. Kemudian lilit sireh dengan pelilit bunga. Ulang langkah 4 sehingga mendapat 25 gulung sireh atau lebih (terpulang).
Langkah 5: Cucuk sireh dicelah-celah bunga. Siap! 

Gambar sireh junjung yang telah siap digubah...

Sireh junjung gubahan dari Simple Aje Hantaran




Berminat? Sila Sms kami di 013-3955512 (Dayah).