Thursday, May 30, 2013

Candy Buffet dan Hiasan Meja "Guestbook" : Maryam dan Hafiz

Assalamualaikum...

Candy buffet dan hiasan meja "guestbook" untuk pengantin Maryam dan Hafiz dari Simple Aje Hantaran. 


Candy Buffet dengan warna tema ungu dan pink
Kek Pengantin
Kedua mempelai memotong kek di meja Candy Buffet
Pelbagai manisan disajikan untuk para tetamu


Balang-balang kaca dihias cantik mengikut tema
Candy buffet dari Simple Aje Hantaran
Hiasan bunga dengan tema ungu dan pink

Wedding guestbook khas buat Maryam & Hafiz




Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

Wednesday, May 29, 2013

Hiasan Candy Buffet

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi idea untuk menjadikan hiasan meja candy buffet lebih menarik. Disini ada 2 barang yang boleh digunakan sebagai bahan hiasan tambahan iaitu juraian kristal  dan batu-batu manik. Selamat mencuba!

Pelbagai jenis batu-batu manik yang boleh dipilih dan digunakan mengikut kreativiti.
Batu yang ditambah pada bingkai gambar
Bingkai gambar lebih menarik setelah ditambah dengan batu-batu  yang berkilauan

Dulang hantaran dengan juntaian kristal menampakkannya lebih "elegent".

Dulang yang ditambah kristal pink

Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Tuesday, May 28, 2013

Tutorial 018: Sireh Junjung Ros Pink



Assalamualaikum..

Mari belajar cara-cara menggubah sireh junjung ini. Simple sahaja. Selamat mencuba!

Sireh junjung ros pink yang telah siap.

Bahan-bahan:-
1. Bunga ros "dark pink"
2. Bunga ros "light pink"
3. Daun sireh
4. Span basah
5. Pelilit hijau
6. Lidi
7. Pemotong
Sila abaikan bunga yg berwarna putih itu....

Langkah 1:
Potong 1 batang bunga ros dark pink dan cucuk ditengah-tengah bahagian span bunga. Kemudian  ambil lagi 4 batang bunga dan cucuk di bahagian bawah setiap penjuru span.
Langkah 2:
Ambil lagi 4 batang bunga ros dark pink dan tambahkan bunga dibahagian bawah. Kemudian ambil lagi
4 batang bunga dan cucukkannya di bahagian tengah pula.

Langkah 3:
Ambil bunga ros light pink dan cucukkan dibahagian yang kosong.
Langkah 4:
Gulung sireh dan lilitkannya pada lidi. Buat sebanyak yang mungkin.
Langkah 5:
Cucuk dan atur sirih tadi seperti gambar diatas.
Langkah 6:
Buka plastik penutup bunga ros tersebut. Jangan cabut  plastik itu terlalu awal.  Ini untuk mengekalkan kesegaran bunga tersebut.


Berminat? Bolehlah hubungi kami di 013-3955512 (Dayah). 

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran



Sunday, May 26, 2013

Handbag Guess untuk Dijual

Assalamualaikum,

Jualan untuk 4 jenis beg tangan jenama Guess dengan harga yang amatlah berpatutan.

  • Original
  • 100% Baru
  • termasuk "dust bag"
  • Tidak termasuk harga penghantaran
  • Hubungi 013-3955512 (Dayah)
Code: 001
Harga Pasaran: RM389
Harga Jualan: RM280


Code: 002
Harga Pasaran: RM389
Harga Jualan: RM280

Code: 003
Harga Pasaran: RM379
Harga Jualan: RM280

Code: 004
Harga Pasaran: RM399
Harga Jualan: RM290

Tuesday, May 21, 2013

Tutorial 017: Wedding Guestbook

Assalamualaikum..

Kali ini kami ingin mengajar cara-cara untuk membuat "guestbook" yang mana cukup ringkas dan senang untuk dibuat. Ikuti langkah-langkahnya seperti dibawah ini ya....Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
1. Buku sketch
2. Kain atau kertas untuk membalut buku
3. Gam
4. Gunting
5. Reben
6. Manik-manik hiasan
7. Pisau
8. Kertas keras

Langkah 1:
Ukur panjang dan lebar buku sketch. Kemudian potong 2 keping kertas keras yang saiznya sama besar dengan buku sketch. 

Langkah2:
Potong kain dan balut kertas keras tersebut dan gamkannya.

Kertas keras yang telah siap dibalut dan digam.

Langkah3:
Potong sedikit kain. Balut dan gamkan bahagian tepi buku untuk menutupi "binder spiral".


Langkah 4:
 Ambil kertas keras yang telah dibalut kemudian gamkan keduanya pada
muka hadapan dan belakang buku sketch.
Langkah5:
Letakkan reben dan bahan hiasan lain mengikut creativiti sendiri. SIAP


Guestbook yang telah siap. 

Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

Sunday, May 12, 2013

Tempahan bantal dulang hantaran

Kami ada menawarkan perkhidmatan membuat bantal dulang hantaran dengan harga yang amat berpatutan. Berminat? Hubungi kami di 013 - 3955512 ( Dayah ).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran


Bantal dulang yang telah siap

Wednesday, May 8, 2013

Tempahan Wedding Guestbook

Assalamualaikum..


Inginkan "wedding guestbook" dengan design dan warna tema tersendiri? Berminat? Bolehlah menempahnya dengan kami kerana harganya adalah amat berpatutan....no tel 013-3955512 (Dayah)....



Terima kasih Mar kerana menempah wedding guestbook ini.....Jika ada sesiapa yang diluar sana ingin mempelajari cara membuat sendiri buku ini, kami akan postkan tutorial atau cara-cara umtuk membuat guestbook pada entry selepas ini...Sekian.





Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

Monday, May 6, 2013

Hantaran Maryam & Hafiz

Assalamualaikum....

Kami di "Simple Aje Hantaran" diberi kesempatan untuk menyediakan hantaran, candy buffet dan hiasan meja guest book khas buat pengantin perempuan, Maryam yang berlangsung pada 20 April 2013 di Idaman Villa, Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan dengan pasangannya Hafiz. Tahniah diucapkan dan kami doakan ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Gubahan hantaran dari Simple Aje Hantaran

Hantaran minyak wangi
Hantaran kasut
Hantaran sejadah
Hantaran buah
Sireh Junjung

Hantaran kemeja dan seluar

Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran