Thursday, March 28, 2013

Candy Buffet: Tema Ungu dan Pink


Assalamualaikum...

Candy buffet dengan tema color ungu dan pink ini dibuat khas untuk adik Puteri Humairah Mohd Rosmin yang menyambut hari jadi yang ke 7 tahun di Seremban, Negeri Sembilan. Dengan tetamu yang kecil seramai 10 sahaja kami membuat hiasan dan menu seringkas yang mungkin tetapi menarik. 

Candy Buffet untuk Majlis harijadi puteri
Hiasan meja Candy buffet tema pink dan ungu.

Deco: Frame, bunga & coklat
Simple Deco

Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran


Saturday, March 23, 2013

Tutorial 012: Gubahan Hantaran Tuala

Assalamualaikum,

Tempahan kali ini datangnyar dari Nik, Cheras. Bagi mereka yang ketandusan idea ingin menggubah hantaran tuala, bolehla ikuti langkah-langkah dibawah ini. Selamat mencuba. 

Gubahan hantaran tuala dengan tema warna ungu


Bahan-bahan adalah seperti:
1. Tuala
2. 3 jenis bunga yang berbeza bentuk
3. Bantal dulang hantaran yang telah siap di balut
4. Gunting
5. Gam
6. Span
7. Reben
8. Jarum peniti

Langkah 1: Lipat dan gulung tuala seperti gambar diatas. Kemudian selitkan jarum peniti dihujung tuala dengan tujuan supaya bentuk tuala itu kekal dan kemas.
Langkah 2: Balut tengah-tengah tuala dengan reben. Pinkan tuala diatas bantal dulang. Kemudian span yang telah dipotong kecil digamkan diatas dulang hantaran yang telah dibalut. Cara untuk membalut dulang dapat dipelajari di sini------ KLIK SINI

3. Letakkan 3 kuntum bunga besar dibahagian hadapan.
4. Kemudian tambah lagi 3 kuntum bunga kecil diantara bunga besar.

5. Tambahkan lagi bunga dibahagian tepi gubahan.
6. Letakkan reben ditengah-tengah tuala.

7. Hantaran tuala yang telah siap digubah.


Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran


Thursday, March 14, 2013

Tempahan Bantal Dulang Hantaran oleh Siti Firdaus

Assalamualaikum,




Tempahan untuk bantal dulang hantaran oleh Siti Firdaus sebanyak 12 bantal dengan tema warna pink dan putih metallic. Kali ini bantal yang telah siap diposkan ke Kuantan, Pahang. 

Terima kasih Siti kerana menempahnya dengan kami.


Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah). 
Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

Wednesday, March 13, 2013

Candy Buffet: Simple English Style

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Pada 2 Mac 2013, telah diadakan majlis aqiqah untuk anak buah baru kami iaitu "Nur Hafiyya Dalyfa" di Taman Uda Utama, Johor Bahru. Berkesempatan dengan itu, kami telah menyediakan hidangan Candy Buffet buat para tetamu yang hadir pada hari itu. 

Menu candy buffet untuk 100 tetamu adalah:
1) Waffer Stick perisa strawberry - 48 batang
2) Jelly - 100 biji
3) Lolipop - 100 batang
4) Jellybean - 400 gram
5) Coklat bulat perisa strawberry - 2 bungkus
6) Gula-gula susu - 600 biji
7) Gula-gula fruit plus - 400 biji
8) Gummy - 2 paket 

Candy Buffet dengan pelbagai jenis manisan yang tersedia untuk tetamu.

Candy Buffet Deco yang simple dan "sweet".

Pasangan Kak Fiza dan Abang Lan dengan anak mereka Darwisya dan  Dalyfa

Candy Buffet Majlis Aqiqah

Tahniah diucapkan kepada pasangan Kak Fiza dan Abang Roslan . Semoga dengan kelahiran anak ini akan menambahkan lagi seri kepada keluarga ini. 


Berminat? Sila sms atau whatsapp kami di 013-3955512 (Dayah).

Like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Wednesday, March 6, 2013

Biozone


Rasanya ramai kat luar sana yg tau n penah dengar pasal biozone.. so today let me share about demo aper yg biozone boleh buat...  contoh: AYAM..
Gambar kat bawah nie adalah contoh bila kita biozonekan ayam.. ayam yg dibeli kat kedai tu..
 
Ni ayam yg kita biozonekan sebelum masak.. ayam direndam dengan air di dalam bekas kaca. Masukkan batu seramik untuk prosess biozoning.
Selepas 30 saat, buih2 putih yang berbau mula terhasil dari proses biozone.
Selepas 15 minit semakin banyak buih terbentuk.
Selepas 30 minit separuh mangkuk kaca tertutup dengan buih yang berbau hanyir. OMG..
Ini buih yang terbentuk dari proses biozoning yang sebenarmya bukan buih. Gumpalan asing ini lebih banyak terhasil jika ayam di potong kepada beberapa bahagian… bila gumpalan itu dibakar….anda ingin tahu apa hasilnye???
Hasilnya gumpalan asing ini tidak terbakar langsung. Ia hanya berubah warna! Kesimpulannya, gumpalan ini akan tetap kekal dalam badan kita jika ia tidak ikut keluar melalui proses pembuangan.. 
Gumpalan asing ini ialah fatty asid yang biasanye terdapat di dlm ayam atau daging. Kebanyakkan gumpalan asing ini ialah polymer-based compounds yang susah untuk diserap oleh badan, tetapi jika badan kita mampu menyerap pada kebiasaannya ia akan masuk ke dlm salur darah yang akan menyebabkan masalah kesihatan.

Mungkin kita asyik fikir kenapa zaman sekarang ni orang senang nak dapat penyakit. Padahal zaman mak-mak kita dulu pun makan ayam jugak. tapi tak sakit.. Mungkin sekarang ni banyak sangat  chemical-chemical yg digunakan. Nak bagi ayam besar senang jer. cucuk.. Zaman dulu mana dapat ayam nak besar dlm masa singkat.. tunggular 5-6 bulan barular boleh makan ayam kalau bela sendiri tu. .itupun tak aderlar gemuk2 mcm ayam skang nie.. ayam skang nie besar2..kalau tak caya pegi kedai mamak mana2 tgk peha ayam dia.. mak ai.. besarnya.. bandingkan dgn ayam2 kampung.. peha ayam kampung alahai.. halus2 jer .. alar2 kaki model gitu.. eheh..
Kita plak main bedal jer semua benda kan? lagi besar lagi kita suka.. tapi dengan adanye alatan canggih seperti BioZone ni…In sha allah sekurang2nya kita berusaha utk mengurangkan percentage penyakit2 yg boleh menyerang tubuh badan kita..
Jadi kepada yg berminat dgn biozone boleh hubungi saya ok:)
FAZILA SHUHAIMI