Wednesday, May 30, 2012

Tutorial 003: Gubahan Bunga Tangan 270512


Bunga tangan ini ditempah oleh  Balqis khas untuk majlis pertunangannya...









Bahan - bahannya:
1. Ros peach
2. Ros putih (saiz kecil)
3. Reben
4. Jarum Peniti
5. Pemotong bunga

Langkah 1


Buang semua daun yang melekat pada batang pada ros peach.

 Langkah 2
Kemudian buang pula semua daun yang melekat pada batang  ros putih.

 Langkah 3
Letakkan ros peach dan ros putih berselang-seli mengikut  kreativiti anda.

 Langkah 4
 Batang ros kemudiannya dipotong dan dibalut dengan  reben. 
Langkah 5
Akhir sekali pinkan jarum peniti diatas reben supaya reben kelihatan kemas.  Hiasan seperti  manik  boleh ditambah untuk mencantikkan lagi bunga pegang ini.






Inilah bunga pegang yang telah siap...Selamat Mencuba!



Si kecil Hani Qistina bergambar bersama-sama bunga  pegang  yang baru disiapkan...

Jika ada sesiapa yang berminat untuk menempah bolehlah menghubungi 013-3955512 (DAYAH).

Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

Tuesday, May 29, 2012

Tutorial 002: Gubahan Sirih Junjung 270512

Salam...Gubahan pada kali ini adalah sirih junjung berwarna kuning dan peach yang kecil dan comel. SELAMAT MENCUBA!
Sirih junjung yang telah siap digubah

Senarai Bahan-bahan:
Bahan-bahan
1. Span basah
2. Daun sirih
3. Ros putih
4. Ros kuning
5. Ros peach
6. Pasu plastik (kaca dll)
7. Pelilit bunga

Langkah 1


Rendam span didalam air sehingga keseluruhan span itu basah. Kemudian  potong span dan masukkannya  didalam pasu plastik. Tekan span dengan kuat untuk memastikannya tidak jatuh apabila diangkat.
Langkah 2
Potong ros peach dan gubahkan seperti gambar diatas.
 Langkah 3
Tambahkan ros kuning didalam gubahan tersebut.
 Langkah 4
Kemudian letakkan ros putih.


Selesai sudah menggubah bunga.
 Langkah 5
Ambil 3 helai daun sirih dan lilitkan sirih-sirih itu pada sebatang lidi.
  Langkah 6
Kemudian ambil pelilit bunga dan lilitkan sirih pada lidi tersebut.
  Langkah 7
Sirih yang telah dililit dicucuk dibahagian bawah bunga. Ulang langkah 6 sehingga  penuh sekeliling  pasu plastik itu dengan sirih tersebut.


Hasil terakhir selepas selesai gubahan ini..


  

Jika berminat untuk menempah, sila hubungi 013-3955512 (Dayah).


Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran

Thursday, May 24, 2012

Tutorial 001: Gubahan Hantaran Bekas Kaca didalam Dulang Segiempat



Salam...Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk menggubah hantaran yang ringkas tetapi menarik. Semoga dengan adanya tutorial ini, ianya dapat sedikit sebanyak membantu bakal-bakal mempelai membuat hantaran mereka sendiri. Bagi mereka-mereka yang berminat, bolehlah mencuba dengan mengikuti langkah-langkah yang saya tunjukkan dibawah ini ya....Selamat Mencuba!!


Senarai barang- barang adalah seperti berikut:


Bahan-bahan:
1. Span kering
2. Bekas kaca (atau bekas-bekas lain)
3. Glue gun
4. Kain
5. Bunga artificial (1 jenis bunga besar & 2 jenis bunga kecil)
6. Pemotong dawai
7. Gunting
8. Dawai halus
9. Reben (Jika Perlu)
10. Dulang hantaran berbentuk segi empat sama



Langkah 1
Potong span yang pertama berbentuk segiempat dan kemudian gamkan span itu disalah satu sudut dulang hantaran

 Langkah 2
Potong span yang kedua seperti gambar diatas.
  
Langkah 3
Letakkan gam dan cantumkan span kedua dengan span yang pertama. Span yang kedua  digunakan dengan tujuan supaya apabila balang kaca diletakkan diatas dulang, ianya akan kelihatan sedikit terjungkit keatas.

Langkah 4
Selepas itu, potong kain bentuk empat segi dan pastikan potongan kain itu lebih besar daripada dulang hantaran. Kemudian letakkan kain itu diatas dulang hantaran. Pastikan kain menutupi keseluruhan bahagian span kedua.

 Langkah 5
Kemudian letakkan pula bekas kaca diatas dulang yang telah diliputi  dengan kain.

  Langkah 6
Potong bunga besar dan cucukkan diatas span pertama. 

Langkah 7
Ambil lagi bunga besar dan gubahkan bunga seperti gambar diatas.
  
Langkah 8
Kemudian potong pula bunga kecil yang pertama dan letakkan diantara bunga-bunga besar.

Langkah 9
Akhir sekali, potong bunga kecil yang kedua dan letakkan dicelah-celah bunga tadi.

Gambar Hantaran yang Telah Siap Dihias









Ini sahaja langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menggubah hantaran kaca yang diletakkan didalam dulang segiempat ini. 

Sekian dan SELAMAT MENCUBA!


Jangan lupa untuk like kami di Facebook - Khidmat Gubahan Hantaran (KL & Selangor)

Instagram: @simpleajehantaran